Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
Membaca secara
MENYELURUH
ü Jangan anggap bahagian
pengenalan kurang penting
ü Bahagian pengenalan memberi
gambaran tentang isi kandungan bab.
Membaca secara
BERULANG-ULANG
ü Bacaan berulang membantu
mengingat fakta dengan lebih baik
ü Isi-isi juga dapat
difahami secara mendalam
ü Ini dapat mengelakkan
kamu tertinggal membaca fakta penting.
Membaca dalam SUASANA
yang SELESA
ü Lampu hendaklah dipasang
dengan terang.
ü Suasana tempat membaca
hendaklah sunyi dan senyap.
ü Udara sekitar mestilah
mencukupi
ü Suhu bilik sederhana.
Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
ü Pastikan kamu tidak
deman, pening, selsema dan sebagainya.
ü Jangan berbaring ketika
membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
Baca secara PERPERINGKAT
ü Peringkat permulaan :
baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
ü Peringkat seterusnya ;
membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan
menulis nota digunakan.
Membaca secara
BERHATI-HATI
ü Beri tumpuan terhadap
apa yang dibaca
ü Cuba fahami fakta-fakta
penting sepenuhnya
ü Elakkan gangguan radio
dan televisyen
Berasa dalam KEADAAN
selesa
Cuba BENTUK SOALAN
ketika membaca
ü Dengan membentuk soalan
kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
CATATKAN isi yang dibaca
ü Dengan mencatat kamu
menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
ü Ketika mencatat kamu
berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
ü Pastikan pen,,
highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
ü Tandakan isi-isi penting
dengan highlighter.
ü Gunakan kamus untuk
mencari perbendaharaan kata yang sukar.
ü Gunakan penanda buku
untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
ü Gunakan pen untuk
menulis isi-isi penting.
CATATKAN isi yang dibaca
ü Dengan mencatat kamu
menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
ü Ketika mencatat kamu
berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.